THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

KENANGAN

Wednesday, May 14, 2008

Remaja

Malaysia telah membuat pelaburan besar dalam kesihatan, pendidikan dan sukan untuk memupuk tenaga, kreativiti dan bakat golongan mudanya supaya menyumbang kepada pembinaan negara. Walaupun sebahagian besar remaja nampaknya mendapat manfaat daripada perkhidmatan dan program seumpama ini, sekitar 12-15% masih mudah terpengaruh dan memerlukan sokongan dan perhatian tambahan seperti yang dibuktikan oleh daftar masuk bersih sekolah menengah negara sebanyak 73.4%* pada tahun 2003.

Kadar yang lebih rendah dalam daftar masuk sekolah menengah berbanding dengan daftar masuk sekolah rendah menjadi kebimbangan Kerajaan kerana ia menunjukkan sebilangan golongan muda telah tertinggal dan tidak mendapat manfaat serta tidak menyumbang kepada kemajuan negara. Penurunan dalam daftar masuk ini adalah berkaitan dengan ancaman lain yang dihadapi oleh remaja yang terdedah dan mudah terpengaruh seperti penyalahgunaan bahan berbahaya. Statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 45.42% kes penyalahgunaan dadah yang dikesan di antara bulan Januari dan bulan April 2006 adalah dalam kalangan pengguna yang keciciran sekolah pada usia 15 tahun.

Pengetahuan cetek tentang HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah juga terhad kepada golongan muda Malaysia. Tanpa maklumat yang tepat dan kemahiran untuk menghadapi perkembangan ke alam dewasa, sesetengah remaja dan golongan muda mencuba dadah dan terlibat dalam seks tanpa perlindungan, dengan demikian, meningkatkan risiko kehamilan yang tidak diingini dan juga jangkitan HIV, hepatitis dan penyakit tularan seks yang lain. Kekurangan kemahiran hidup juga menyumbang kepada masalah sosial yang lain dalam kalangan sesetengah remaja seperti salah asuhan budak-budak dan membuli di sekolah.
Walaupun, penyertaan golongan muda di Malaysia masih terhad kepada khidmat masyarakat melalui aktiviti seragam di sekolah, kelab wartawan di akhbar-akhbar, menerusi program televisyen dan radio dan kelab remaja, ada peluang yang semakin cerah bagi penyertaan dan penglibatan mereka dalam kehidupan awam dan politik. Suatu pendekatan yang strategik diperlukan untuk memastikan kesinambungan program-program yang sedia ada dan memperkasa lebih ramai remaja untuk mendapat manfaat daripada penyertaan supaya mereka boleh mencapai potensi penuh mereka.

* Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia


Adakah remaja perlukan bahan-bahan lain untuk membantu mereka mengisi masa lapang dengan yang berfaedah?